Wednesday, May 4, 2011

kisah arnab dan kekura

entry ini diplagiat dari http://www.iluvislam.com
selamat membaca >_<


Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.
Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.
Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.
Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan.
(Biasanya cerita ini akan berakhir disini, tetapi kali ini cerita ini bersambung...)
Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.
Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.
Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.
Pengajaran : Pantas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten.
Jika dalam syarikat anda, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas dan konsisten. Sudah tentu, individu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita.
Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.
Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan.
Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.
Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.
Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.
Pengajaran : Kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan.
Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang membuat kiraan stok. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam bidang pemasaran. Cebur bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.
Kisah ini belum berakhir....
Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.
Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.
Perlumbaan dimulakan.
Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.
Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.
Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.

Tuesday, May 3, 2011

awas terhadap meoww anda!!!!

hai, anda mempunyai haiwan peliharaan? mungkinkah haiwan tersebut kucing? ha, sekiranya kucing, anda sepatutnya membaca ape yang akan saya dedahkan ini. kucing sememangnya cumel, namun pernahkah anda terfikir, haiwan ini mampu mengakibatkan anda dalam bahaya. ya, pasti anda hairan kan? kucing sememangnya bahaya, bagaimna??!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

jadi, berhati-hatilah walau dimana jua anda berada, hidup anda pilihan anda, sekian~hehehe....

Monday, May 2, 2011

hari.. hari.. kerja !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


tanggal 1 mei.. seluruh pelusuk negeri di Malaysia menyambut Hari pekerja 2011...
malah kemeriahan sambutan hari pekerja diteruskan sehingga hari ini.... itulah yang terjadi di Pasir Gudang (PG), johor.... dengan pemberian cuti pada 2 mei untuk semua penjawat awan serta swasta malah tidak terkcuali para pelajar....
setelah penat mereka brtungkus lumus bekerja untuk menaikkan ekonomi negara kita, mereka patut di beri rehat serta di raikkan atas segala usaha mereka...... kerana diantara pekerja2 ini adalah ibu bapa kite dan ade juga antaranya rakan-rakan kite.... they deserve it....
pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di bukit Layang-layang PG... seprti pertandingan futsal,pertandingan paintball, karaoke, ceramah agama, jualan aneka barangan, pameran layang2 dan jugak konsert dari artist tanah air..........
festival ini berjaya menarik minat pengunjung dari pelbagai peringkat usia... ade yg mude, yang dewasa dan tidak terlepas warge emas..... sambutan nye sangat meriah ....
manyak nya tudung ... beli2 due singit


banyak nye mainan...
cicak terbang....

nilah antara layang-layang yang berjaye IJAD naek kan ... 
btol x IJAD ??

haa ape yang menarik salah seorang ahli keris terlibat dalam iaitu IJAD , hurmmm die telah terklibat secara langsung mejadi sukarelaan untuk menaikkan layang-layang yang terdapat dalam pelbagai jenis dan rupe......
namun cuaca tidak menyebelahi mereka kerana layang2 hanya dapat dinaikkan pada hari kedua festival, namun ia tetap menjadi tarikan utama festival..........
festival ini turut menarik minat Universiti Tun Hussein Onn ,UTHM untuk memperkenalkan bidang2 yang ditawarkan oleh fakulto2 di UTHM. secara tidak langsung menarik minat golongan mude untuk melanjutkan diri ke menara gading.. bagus bkn ??? disamping berhibur dapat juga maklumat bergune untuk kite.. 
tidak kurang juga kehadiran artis2 terkenal tanah air sperti Azza ELITE, Nubhan, Ery Putra, Alyah, Daus Fazley Zainal, Roslan Syah, Jay Jay dan ramai lagi ..................... 
ramai yang datg memberi komitmen huhu walaupun cuaca hujan 


fiesta ini berakhir dengan ceramah  mengenai Saka & Sihir........ yang di sampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustz. Kazim Baba......... banyak input yang telah diperoleh oleh penduduk pasir gudang... 
sekian............

Wednesday, April 27, 2011

cek matrikulasi

kepada adek2 lepasan SPM.... anda dh boleh
tgok keputusan penempatan calon matrikulasi bagi sesi 2011/2012
heheh tahniah kepada yang mendapat tawaran
anda boleh membuat semakan di laman web in:
http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/










Sunday, April 24, 2011

BiaSIswA!!!!!!!!

hmmm buat mase skrg ni mesti ramai yang sedang sibuk untuk mencari bantuan ataupun
 lbih dkenali sbgai biasiswa... untuk mereka melanjutkan pelajaran ke mane2 IPTA/IPTS di Malaysia mahupun yg teringin untuk belajar diluar negara.. memang tidak boleh dinafikan lagi kos pembalajaran di peringkat universiti semakin mahal dan tidak mampu ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana..
justeru dengan mendapatkan biasiswa yang mampu menangung perbelenjaan mereka di universiti adalah satu option yang lebih baik berbanding mendapatkan bantuan pinjaman dari mane2 agensi kerajaan mahupun swasta.... tiada apa yang dapat saya bantu tapiii kat bawah nii senarai agensi2 yang mampu menawarkan biasiswa untuk pelajar lepasan matrikulasi/ asasi ataupun lepasan spm..... jangan sega2 nak meninjau ke laman web mereka... kerana tak rugi untuk kita mencuba kn ??? jangan kita mnyesal di masa hadapan...


BIL.
LOGO
NAMA & ALAMAT
NO. TEL & FAKS
1
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Lembah Lot G2, Tingkat Bawah Wisma Chase Perdana Off Jalan Semanthan, Damansara Height
http://www.ptptn.gov.my
Tel
:03 20927788
2
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Bangunan Medan Mara , No 21 Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
 www.mara.gov.my
Tel
:03 26915111
Faks
:03 26913620
3
Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) Public Service Department, Block C1 & C2, Complex Federal Government Administrative Centre, 625100 W. Putrajaya          
http://www.jpa.gov.my
Tel
:03 88853000
:03 88854000
4
Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) A-10-12, Menara UOA Bangsar,59000 Bangsar,
Kuala Lumpur.
www.yayasantar.org.my
Tel
:03 2283 6063
03 2283 6073
Faks
:03 2283 6052
5
Yayasan Telekom Malaysia (YTM)     Unit Pentadbiran Biasiswa, Yayasan Telekom Malaysia, Aras 9 Utara Menara TM, Jln Pantai Baharu 50672 Kuala Lumpur                         http://ytm.tm.com.my
Tel
:-
Faks
:-
6
Kuok Foundation Berhad                    19th floor, Wisma Jerneh, 38 Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Tel
:03 21425319
Faks
:03 21456609
7
Yayasan Perak                               Tingkat 1, Wisma Yayasan  Perak, No 111, Jln Sultan Idris Shah, 3000 Ipoh Perakwww.yayasanperak.com.my
Tel
:05 25522929
Faks
:05 2531701
8
Yayasan Selangor                         Menara Yayasan Selangor, No 18 A Jln Persiaran Barat Petaling Jaya 46000 Selangor
www.yayasanselangor.org.my
Tel
:03 79551212
Faks
:03 79541790
9
Yayasan Negeri Sembilan            Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan, Jalan Yam Tuan 7000, Seremban Negeri Sembilanwww.yns.gov.my
Tel
:06 7628056
Faks
:06 7631420
10
Yayasan Kelantan Darul Naim         Tingkat 5, Kompleks YAKIN, Jln Gajah Mati. 15000, Kota Bharu Kelantanhttp://yakin.kelantan.gov.my
Tel
:-
Faks
:-
11
Yayasan Terengganu                 Bangunan Yayasan Terengganu, Jln Sulatan Ismail, 20200 Kuala Terengganuwww.ytrg.terengganu.gov.my
Tel
:09 6221733
Faks
:09 6232944
12
Yayasan Pahang                        Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur         
www.yp.org.my
Tel
:09 5181800
Faks
:09 5181888
13
Yayasan Johor                                   Aras 2,Wisma YPJ Holdings, No 5  Jln Seri Perkasa 1\3 Tmn Tampoi Utama, 81200 Johor Bharu
Tel
:07 2416161
Faks
:07 2416401
14
Yayasan Sarawak                            Level 9 & 10, wisma Satok, 93400 Kuching, Sarawakwww.yayasansarawak.org.my
Tel
:082 248688
Faks
:082 429206
15
Lembaga Biasiswa Negeri Kedah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras2, Blok c, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Star. Kedah Darul Aman www.ibnk.gov.my
Tel
:04 7744449
Faks
:04 7744456
16
Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,30000 Ipoh, Perak                   www.perak.gov.my
Tel
:05 2531957
Faks
:05 2545323
17
Kerajaan Negeri Pulau Pinang       Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang, Paras 25 Komtar 10503 Pulau Pinangwww.penang.gov.my
Tel
:04 2621957
Faks
:04 2613203
18
Golden Hope Plantation                        9-20th Floor Menara Pnb 201-A Jalan Tun Razak. Kuala Lumpur 50400, Wilayah Persekutuanhttp://www.goldenhope.com.my
Tel
:09-6220707
Faks
:09-6275524
19
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPNM)                               Aras 3, Blok B, Seri Negeri 75450 Ayer Keroh, Melaka         tapem@melaka.gov.my
Tel
:09-7717000
Faks09-7717006
20
Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM), Blok E3, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62505 Putrajaya           www.mohe.gov.my
Tel
:03 8883 5000
Faks:03 88893921


yang diatas adalah senarai agensi yang terbabit... tapi ini antara laman web yang patut anda klik....


nah... senarai biasiswa pun dah dapat skarang tinggal kamu semua jeee yang harus buat keputusan yang btol dalam hidup kamu yang akan menentukan masa depan korg hehehheheheh. gud luck from KERIS...

GARY......