Wednesday, July 13, 2011

Sunday, July 10, 2011

kerajaan belanja besar tuk plkn....

hurmm ape yang kite tahu tentang PLKN??? program latihan khidmat negara, pogram yang diperkenalkan oleh perdana menteri kite skrang Datuk Seri Najib pada tahun 2004. Pm kite tlah mengumumkan bajet tahunan sebanyak rm 500 juta setahun hanya utuk PLKN..

PLKN diperkenalkan untuk melatih generasi muda lepasan spm, untuk memuput semangat patrotisme disamping memupuk semangat kekitaan antara rakyat malaysia.. tapi dikatakan penubhan PLKN ini bebaur politik.. btol k ?? ntah la aku sendiri pown x bleh nk pastikan  btol atau x statement ni....



berbalik kpada kos yang dibelanjakan kerajaan sebanyak rm500 juta setahun.. yang merangkumi kos bekalan makanan, pegurusan, upah penjawat awam dan macam2 lagilah.. namun ape yang mngejutkan kerajaan akan menambahkan pembelajaan tu sebanyak rm250 juta menjadikan total pembelajaan bermula tahun ini untuk PLKN sebanyak rm 750 juta kalu aku x salah kire.. btol kan ??


berbaloi ke usaha kerajaan selama ini ??? membelanjakan rm750 juta kpada sesuatu yang blom pasti akan membuahkan hasil... rata2 pelatih kesana kerana terpakse dan tuk mengelakan saman yang bleh kata mahal lah... pergi 3 bulan then balik umah tuk sambung study.. kan ?? x tau lah tu yang aku dgar dari kawan2 aku yang g PLKN.. segelintir yee bkn semua...

bukankah lbih baek kalau dikurangkan sedikit perbelanjaan tu, dan dilaburkan kepada sektor pendidikan serta sektor laen yang leh menjana pendapatan penduduk serta menjaga kebajikan rakyat.. jesteru kalau dilaburkan ke sektor laen dapat menjamin masa depan generasi mude di masa hadapan...
tapi ni adelah skadar pendapat aku n secebis maklumat tuk dikongsi dengan semua...

Saturday, July 9, 2011

sokonglah barang dari malaysia wei...

assalamualaikum dan salam sejahtera...

"kat sini takde stesen shell ke dik?" "ade bang, abang belok kanan lepas traffik light kedua, pastu terus jek, dalam setengah batu, ade stesen shell bang" "ooo, kalau abang tau, abang tak isi kat petronas ni dik, abang bese isi kat shell"

sebenarnya takde beza pun sangat minyak petronas dengan minyak asing, same2 bayar cukai kat kerajaan...
mungkin ramai orang pergi shell untuk isi minyak, tapi bila jumpa petronas pun berhenti jugak lalu bertanya kat budak pam; "adik, tanye skit bleh, jalan nak pegi ke bla bla bla kat mane?", "adik, ade surau tak kat sini" dan paling femes sekali berdasarkan kajian yang masih dijalankan "dik, tumpang tandas eah"


bukanlah nak suruh pembaca sekalian bertukar terus dari ape2 minyak asing ke petronas, tapi itulah hakikat kita yang suka guna barangan asing dari produk buatan Malaysia sendiri...

kalau kita tak bangga dengan ape negara ade, buat ape kita jadi warganegara Malaysia, ye tak?

minggu lepas rasenye kerajaan harap agar rakyat same2 menyokong barang buatan Malaysia...

ni semua nak kukuhkan ekonomi Malaysia gak, duit kita beli barang Malaysia, alih alih dapat kat kita gak...

ni nak subsidi jek tahu, merungut nak ni harga ni turun, cukai turun, nak gaji lebih tapi nak menyumbangnye, aduuh, bergetar tubuh kalah mesin osim bergetar nak support barang buatan kita...

tahu cakap, "ala, biasiswa, bantuan kerajaan tu kan semua tanggungjawab kerajaan, so, biarlah kerajaan uruskan"

dahtu mane kerajaan nak korek duit? dari lubang hidung manusia ke dapat duit?

jadi, seboleh bolehnya, sokongla produk buatan Malaysia ye, sikit pun orait la, paling kurang duit salur kat dalam negeri gak, dari buatan luar, duit salur kat negara kafir, buat peluru tembak balik orang islam, ish ish ish...

salam mesra, jumpa lagi....

Sunday, July 3, 2011

x kotor...

"berakit-rakit  kita ke hulu, berenang-renang kita ketepian, kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita..."-(petikan lagu upin ipin, hehe)

itulah realiti kehidupan manusia...
kita masing masing punyai pendapat dan buah buahan fikiran yang bermacam macam, namun perbezaan itu haruslah digunakan untuk memperbaiki sesama sendiri, bukan memburukkan yang lain...

"wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu saling berkenal-kenalan(beramah mesra antara satu sama lain)-al hujurat ayat 13

mengimbau peristiwa yang terjadi kepada zaman zaman kerajaan islam, bermula dengan saidina umar dimana beliau dibunuh oleh pemberontak, mengikut logik akal, kita seharusnya menjauhi segala perhimpunan yang tidak mendatangkan sesen pun faedah dan hanya membuang mase lapang kita...

jika zaman kerajaan islam terlalu jauh dengan kita, kenanglah buku teks sejarah sekolah menengah(form berape aku pun tak ingat) tentang peristiwa 16 mei, rusuhan kaum terbesar..akibatnya, malaysia mengalami kemerosotan ekonomi kerana pentadbiran kerajaan diganti dengan MAGERAN...

jangan kerana ikutkan perasaan, 'kampung' Malaysia kita ini tergadai...

pelbagai cara untuk memperbaiki kekurangan sistem pentadbiran kerajaan, namun menggunakan perhimpunan yang waima budak sekolah pun tak suka berhimpun pada waktu pagi perlulah dijauhi...

aman dah rasenye kalau prinsip rukun negara diamalkan sepenuhnya oleh negara yang berbagai bangsa kita ni, tak perlu nak wujudkan parti sosialis kat Malaysia ni...

jadi, jauhilah segala perhimpunan haram, ajarn komunis dan banyak banyakanlah dengar perhimpunan jumaat sebelum semayang jumaat, hihihi...




*wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu, namun tak pula aku sanggup kenerakamu, ampunkan dosa terimalah taubatku, sesungguhnya engkaulah pengampun dosa dosa besar*

Monday, June 20, 2011

sikitnye pompuan kat pahang !!!!

haaa biasenye kite dengar bilangan kaum wanita lebih ramai disesuatu kawasan kan ??
 tapi laen lak ngan sebuah negeri dipantai timur ni, Pahang. nisbah penduduk die adalah 113 lelaki kepada 100 wanita... nisbah yang sepatutnya ialah 105 lelaki kepada 100 perempuan ... apa dah jadi ??? 
hurmmm nampaknya susah lah pas ni lelaki kat pahang nk cri pasangan idup kat negeri sendiri...
ahh pompuan wat lah pilihan !!
ditambah lagi bile aku tgk berita semalam .... lelaki kat pahang terpakse plak bersaing dengan warga asing untuk mencari isteri !!! wau hebat tol saingan dierg kan ?? dalam setiap 13 jejaka pahang ade lah 1 warga asing terselit..... bayangkan skrang populasi lelaki kat pahang ialah 198,600 , ah kire lah sendiri bape banyak warga asing kat sane yek ????
rmi nye !!!!

 peningkatan jumlah wrge asing ni mungkin sbb industri automobil kat pahang sane.. sbb uh rmi .. lagipown rmi dh remaja perempuan berhijrah ke kota2 yg menjanjikn peluang pekerjaan yang lebih banyak cam KL & JB....
haaaa lpas ni bersaing lah lelaki pahang nk dpatkan isteri @ makwe owg pahang gak ... huhuhuh
(gbr hiasan)
lelaki lagi ramai ????

(gbr hiasan)
wanita tempatan kawen warga asing ??? 

Saturday, June 18, 2011

Haram sambut hari bapa?biar betol?...

   Assalamualaikum, Salam Sejahtera, dan Salam 1 Malaysia... okay entry kali nie amak mengejutkan... tapi sebnarnya tidaklah merumitkan dan KAMI akan cuba membincangkan mengikut pandangan KAMI... Insya-Allah... "Hari Bapa haram ker?"... "Kenapa tak boleh sambut?"... Sesetengah orang akan tanya," Perlu ker sambut?" huh.. yang paling best, "Hari Bapa? ape tu?"... kadang2 pelik manusia zaman sekarang nie... bila dah adakan benda yang baik, pertikaikan... bila tak ada pun pertikaikan...  ada orang kata ,"Niat tak menghalalkan cara..." yer memang betul... ad jugak orang kata, "Tak salahkan sambut pada hari tertentu asalkan niat untuk mengingati pengorbanan dan jasa bapa..." itu pun betol...

"Jadi persoalannnye disini, sebagai orang yang beragama islam,perlukah kita menyambut nyer?"

    Apa yang dorang dok perbalahkan tu adalah soal pandangan sebenarnya... jadi mereka yang kat luar sana tuu... soal pandangan... masing2 yang empunya... Secara positifnyer berapa banyak anak2 sekarang yg ucap saya sayang kt bapak dia setiap hari..klu husband ngan boyfrend selalu ja sebut sayang awak..tapi untuk bapak sendiri..klu dapat sebulan sekali pun cukup bagus..at least kalau ada satu hari di mana seluruh manusia nih celebrate bapak dia..takkan la ta terasa hati nk call rumah kejap cakap kt bapak Selamat Hari Bapa.."Saya sayang ayah.." tak salahkan?... Bagi sesetengah orang, depa dok kata, "Takleh sambut! yang hangpa dok sibuk terikut sangat ngan budaya barat ni pasaipa?"... tapi itu hanya pandangan seseorang... Ada orang kisah dan ada yang tak ambil kisah langsung... Kadang2 ada jugak bapa yang terasa, macamlah  bapa ni tak banyak sumbangan atau agak nye peribahasa "Bapa borek anak rintik" tak dapat nak mengatasi "Syurga di bawak tapak kaki ibu"  Oleh itu, tak salahkan sambut Hari Bapa?
    Terpulang pada pandangan seseorang... Isu ini juga disamakan dengan hukum menyambut Hari Ibu jugak... Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.” KAMI juga tidak menolak pandangan mereka yang mengatakan "Hari Bapa haram disambut sebab..." setiap excuses yang diberikan adalah benar dan mengikut logik akal... apa2 pun kita dikurniakan akal... buatla sesuatu yang tak menyanggahi agama... yang penting KAMI sayang bapa KAMI...ngee~ 
.:Selamat Hari Bapa:.

p/s : Kalau Maulidur Rasul boleh dianggap sebagai bid'ah hasanah... mengapa tidak Hari Ibu dan Bapa? Tak salahkan?... renung2kan....

Tuesday, June 14, 2011

perlu ke??????

sebenarnye perlu ke kite wujudkan sebuah klinik untuk penagih???? atas alasan untuk mengelakkan penyebran penyakit aids n hiv... dengan memberi penergan ttg cara mgambil dadah dengan selamat dan percume... bekalan dadah trut dsediakan secara percuma macam pilih makanan dlam buffe.... cm kat hotel plak...

tgklah pelanggan bleh pilih yang mana mereka suke... free!!!

untungyerr mereka x payah beli dadah dipasaran gelap, yang sememang menelan belanja yang banyak...
Vancouver, Kanada, tempat dimane sebuah klinik ditubuhkan untuk mnyediakan perkhidmatan untuk penagih menyuntik dri  mereka sendiri dengan dadh seperti heroin secara PERCUMA!!!! name klinik tu ialah InSite, yang dtubuhkan pada 2003 ...
seorang penagih berjjalan memsuki InSite....

sgt tersusun ... didalam InSite....

yang peliknya InSite ini mendapatkan bekalan dadah mereka dengan membeli dari penjual dadah jalanan & pasaran gelap... logik k ??? mane mereka dpat modal yang banyak ???
pada pandangan andalah kn ... penubuhan klinik ini baik atau x??
memg secra faktanye emg lah dpat mgelakan penularan penyakit hiv & hepatitis akibat drpd perkongsian jarum suntikan & mgurangkan sbnyak 35% kes overdose kat Vancouver.. tapi cbe fikir kesan neGatiVe ... bkn kah ini akan mngkatkan kadar penagih tegar disesebuah kawasn, ianya speti mgalAkaan lag penagih utk meneruskan aktiviti x brmoral mreka...
seorang drpad pengih sedang mnyuntik diri sendiri....

jururawat yang bertugas memberi bantuan kpada pengih...

ini akan mempengaruhi generasi mude kita......pihak berkuse negara tersebut mngangarkan bajet sbnyak Rm 9.3 juta setahun untuk mereka mendpatkan bekalan dadah.. banyak tu x mmbazir k???? hurmmm sma2 lah kite pikIrkan sendiri baek atau buruk nye penubuhan InSite ni kepada masyarakat sejagat......
seKAdAR inGiN bERkoNgSi.......