Monday, May 9, 2011

Buat rEsUMe!!!!!!

Hmmmm...... buat pelajar2 lepasan SpM atau POwn lepasan AsaSI/MaTRik yang akn
berhadapan dEnGAn macM2 inTerVieW x kire lah untuk kerja k @ untuk biasiswa atau InterView kelAyaKAN untuk memasuki sesebuAh IPt, ResUME ni amatlah membantu yeee...
reSUme ni lebih kURang mcm iklan untuk promosi diri kite kepada org yg interbiew kite... nak wat Resume ni mestilah RiNGkas Tetapi Padat. ni ape yg aku belajar dr cikgu2 akulah ape yg Patut ade dlm REsumE kite.... :

  • yg pling penting Info ringkas ttg DIRi kite, yelah sape NamE kite, mne TEmPt tinggal kite..& yg pLIng PENtg mCm mne nk conTAct KIte mcm nO. TelefN @ E.mEl... Yelh Klu lulus Bleh lah die CTAct Kite.
  • tHen, kite kne lah bgtau mane kite BelaJAr, disEkOLAh mane UNivrst ape? Kolej Mane? sbb Ia AMAt Membantu....
  • Klu untuk Interbiew keJE lak Kite letak laa ExpERienCe KEje kite... yelah kbnyakan maJikaN skarg NAk kn PkerJA yg Ade PenglAman ..
  • LEPAs uh jgn lupe penCapaiAn AkADemiC kite.... yelah untk KelayaKN Yang mereka Nak kn ...
  • pencapAin dlm Bidang kO-KurikulUm jagn Lak kite LUpekan... Penting YEeee!!!
  • SElitkan lah seKAli pengalamNA memegang SESUatu jaWatan dalM sesEBuaH organisasi seperti Pengawas , PENgerUsi, apa2LAH jWATAn yang pernah Kite peNGang...
  • LAst sekaLi jgAn lUpe sertakn RujUkan untuk MEREka.. RUJUkan ni adalAh individu YAng boleh merEka RuJUk untUk mengesahkAN mAklumat Yang Telah kite BERikan KepaDa mEreKa.... seLAlunya Ornag Yang bErpangKat dalAm kerAjaAn....
  • oppss, kalau boleh ceritakan sikit kenape kita patut dipilih dalam interview tu, sebab semua orang mungkin punya kelayakan yang same, so ceritakan sedikit menegnai keunikan anda, mungkin boleh mempengaruhi keputusan juri....
dIHArapkan ini dapat memBanTu mereKa Yang BaKAl mengHAdiri TemUduGA kat Luar sane yee.....
selAmAt beRjaYA...!!!!!!!!!!!! 

Saturday, May 7, 2011

MATRIK VS ASASI..............

SALAM...
Di sini sya ingin bertanyakan pendapat anda tentang asasi dan matrikulasi...kalau di beri pilihan anda akan pilih asasi atau matrikulasi???kenapa anda pilih asasi/matrikulasi???....apa yg anda tahu tentang asasi atau matrikulasi???...sila berikan pendapat anda....terima kasih...=)

ibuku...

Hari demi hari, sedar x sedar kite dah meningkat dewasa... dari zaman kanak2 melangkah setapak ke zaman remaja dan maju selangkah ke zaman dewasa. Adakah kita akan sampai ketahap ini jika tiadanya bimbingan dan    jagaan yang baik dari ibu kita? Individu yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita ke dunia ini.Namun ade di antara kita tidak nampak pengorbanan yang telah ibu kita lakukan. mereka menafikan kepentingan ibu disebalik kejayaan mereka.. Adakah ini layanan yang harus diterimanya setelah semua kasih sayang dia berikan untuk kita, setelah masa sisa hidup dia dihabiskan untuk membesarkan kita. Adakah itu balasan yang dia patut terima??  Ramai di antara kita menyesal dan sedar akan kesilapan kita hanya selepas Ibu meninggal kan kita.
Sempena hari ibu yang akan disambut 8 MEI tidak kiralah apa panggilan yang kita gunakan untuk memanggil dia, mama/ibu/ ummi/mak atau ape2 sahaja. marilah kita menyampaikan rasa penghargaan kita kepada mereka sebelum kita tidak berdaya untuk melakukanya dimasa yang lain......

Namun jangalah hanya di hari ibu sahaja kita menyampaikan rasa penghargaan & terima kasih kita kepada mereka. ucapkanlah sayang & kasih kita kepada insan yang teristimewa dalam hidup kita setiap saat & detik yang kita selagi kita mampu berbuat sedemikian kerana suatu masa nanti kita juga akan melalui ape yang mereka lalui.....
Kami SAYANG IBU kami.........

Thursday, May 5, 2011

60 tips mendapatkan pasangan....

bukak facebook jek, ramai yang update status dari single ke in relationships la, married la, engage la, pastu single balik, pastu its complicated, last2 divorce, kui3
tatau samada nak kesianke, nak congrat ke, nak tanye nape ke, yang pasti kadang2 nak muntah pun ade(kan? kan?)
disebabkan itu, bagi mengelakkan masyarakat sekalian dari terus mengeluarkan status2 yang seringkali berubah ubah, disini, saya telah menyenaraikan tips dari dr fadzilah kamsah(sbenrnya tatau camne tips ni ade dalam komputer, kui3)jangan salah sangka ye,hihihi...

60 petua untuk mendapatkan pasangan dari dr fadzilah kamsah

Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk 6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.




ha, dah bace? sekian sahaja kali ini, hidup anda pilihan anda...

Wednesday, May 4, 2011

kisah arnab dan kekura

entry ini diplagiat dari http://www.iluvislam.com
selamat membaca >_<


Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.
Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.
Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.
Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan.
(Biasanya cerita ini akan berakhir disini, tetapi kali ini cerita ini bersambung...)
Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa.
Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.
Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.
Pengajaran : Pantas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten.
Jika dalam syarikat anda, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas dan konsisten. Sudah tentu, individu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita.
Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.
Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan.
Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.
Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.
Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.
Pengajaran : Kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan.
Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang membuat kiraan stok. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam bidang pemasaran. Cebur bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.
Kisah ini belum berakhir....
Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.
Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.
Perlumbaan dimulakan.
Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.
Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.
Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.

Tuesday, May 3, 2011

awas terhadap meoww anda!!!!

hai, anda mempunyai haiwan peliharaan? mungkinkah haiwan tersebut kucing? ha, sekiranya kucing, anda sepatutnya membaca ape yang akan saya dedahkan ini. kucing sememangnya cumel, namun pernahkah anda terfikir, haiwan ini mampu mengakibatkan anda dalam bahaya. ya, pasti anda hairan kan? kucing sememangnya bahaya, bagaimna??!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

jadi, berhati-hatilah walau dimana jua anda berada, hidup anda pilihan anda, sekian~hehehe....

Monday, May 2, 2011

hari.. hari.. kerja !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


tanggal 1 mei.. seluruh pelusuk negeri di Malaysia menyambut Hari pekerja 2011...
malah kemeriahan sambutan hari pekerja diteruskan sehingga hari ini.... itulah yang terjadi di Pasir Gudang (PG), johor.... dengan pemberian cuti pada 2 mei untuk semua penjawat awan serta swasta malah tidak terkcuali para pelajar....
setelah penat mereka brtungkus lumus bekerja untuk menaikkan ekonomi negara kita, mereka patut di beri rehat serta di raikkan atas segala usaha mereka...... kerana diantara pekerja2 ini adalah ibu bapa kite dan ade juga antaranya rakan-rakan kite.... they deserve it....
pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di bukit Layang-layang PG... seprti pertandingan futsal,pertandingan paintball, karaoke, ceramah agama, jualan aneka barangan, pameran layang2 dan jugak konsert dari artist tanah air..........
festival ini berjaya menarik minat pengunjung dari pelbagai peringkat usia... ade yg mude, yang dewasa dan tidak terlepas warge emas..... sambutan nye sangat meriah ....
manyak nya tudung ... beli2 due singit


banyak nye mainan...
cicak terbang....

nilah antara layang-layang yang berjaye IJAD naek kan ... 
btol x IJAD ??

haa ape yang menarik salah seorang ahli keris terlibat dalam iaitu IJAD , hurmmm die telah terklibat secara langsung mejadi sukarelaan untuk menaikkan layang-layang yang terdapat dalam pelbagai jenis dan rupe......
namun cuaca tidak menyebelahi mereka kerana layang2 hanya dapat dinaikkan pada hari kedua festival, namun ia tetap menjadi tarikan utama festival..........
festival ini turut menarik minat Universiti Tun Hussein Onn ,UTHM untuk memperkenalkan bidang2 yang ditawarkan oleh fakulto2 di UTHM. secara tidak langsung menarik minat golongan mude untuk melanjutkan diri ke menara gading.. bagus bkn ??? disamping berhibur dapat juga maklumat bergune untuk kite.. 
tidak kurang juga kehadiran artis2 terkenal tanah air sperti Azza ELITE, Nubhan, Ery Putra, Alyah, Daus Fazley Zainal, Roslan Syah, Jay Jay dan ramai lagi ..................... 
ramai yang datg memberi komitmen huhu walaupun cuaca hujan 


fiesta ini berakhir dengan ceramah  mengenai Saka & Sihir........ yang di sampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustz. Kazim Baba......... banyak input yang telah diperoleh oleh penduduk pasir gudang... 
sekian............